Sebongkah Batu Di Kuala Berang ePUB ´ Sebongkah Batu



10 thoughts on “Sebongkah Batu Di Kuala Berang

  1. Naim AlKalantani Naim AlKalantani says:

    Karyanya ini telah diharamkan JAKIM Jangan cari di Popular atau kedai kedai buku dah Yang tak dapat baca padan mukaAku pun tak tahu apa masalah JAKIM niSebelum ni aku baca kritikan FT melalui karyanya Sinema Spiritual Dan Sebongkah Batu di Kuala Berang SBDkB ni hampir sama isu yang diutarakan oleh FT dengan Sinema SpiritualKalau kau lihat di GoodReads kau akan nampak orang komen buku ni 'seperti biasa FT tidak mengecewakan'Ya seperti biasa FT tidak mengecewakan Karya ini berat sikit berbanding karya karyanya yang pernah aku baca selain Perempuan Nan Bercinta tu memang beratPenyebaran Islam di Tanah Melayu dipelopori oleh masyarakat Syiah kata FT Dan ada pertentangan fakta di dalam buku ini sendiri Aku pernah tonton wawancara bersama FT Faisal berkata satu uote yang amat menarik “ianya Perempuan Nan Bercinta sebuah novel Anda cakap lah apa pun pasal novel ini ini sebuah novel”Aku kagum dengan FT Si genius yang meletakkan pelbagai fakta sama ada kontra atau pro di dalam sebuah novel ya NOVEL Anda bantah sekalipun fakta tersebut ini NOVEL Bukan tesis bukan jurnal bukan karya ilmiahFT sebagaimana selalu dan dalam SBdKB ini juga plot novel amat mudah Semua novelnya yang pernah aku telaah amat mudah plot nya Budak darjah 1 pun faham Kalau nak tandingi karya lain seperti Nadia Khan Gantung Kelabu Hasrul Rizwan Ilusaniti Hilal Ashraf Takdir 1 2 Ramlee Awang Murshid kesemua 25 buah novelnya Faisal Tehrani dalam novel novelnya ketinggalan di belakang dari segi plot penceritaan Kerana tiada cabaran Plot klisé Benda sama je dia cerita macam novelis lainTapi isu yang dibangkitkan tidak tentu lagi budak degree yang faham Isu yang dibangkitkan seringkali mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak JAKIM pun masuk campur Siap kena ban lagi tu Kau jangan harap nak baca FT dengan santai SBdKB ni nipis je novel ni tebal sikit dari novel terbarunya Bagaimana Anyss Naik Ke Langit? tapi isunya membuatkan kau berkerut dari dan kau akan cakap hah?Weh buku haram ni ada di perpustakaan Universiti Of Washington USA Kau tak percaya? Lantak kau Mungkin wakil Tuhan di USA Syiah kotTak percaya? CubalahPs lepas banjir ni insyaAllah aku akan copyleft dengan perfect binding novel ni Jangan jadi bodoh macam JAKIM Aku dah baca 4 5 karya FT aku tak jadi Syiah punWahai wakil Tuhan JAKIM haramkanlah banyak lagi buku baru laku keras buku tu


  2. Anis Rejab Anis Rejab says:

    Idea yang dibawakan oleh Faizal Tehrani dalam Sebongkah Batu Di Kuala Berang benar benar membuka minda para pembaca Jalan cerita diserikan lagi dengan sekumpulan anak muda yang ingin membikin dokumentari untuk projek tahun akhir di bawah Akademi Seni Islam Dokumentari tersebut berkisar tentang Batu Bersurat Terengganu Mungkin idea menghentikan pembinaan masjid dan memberi tumpuan kepada filem Islami boleh diterima dalam situasi yang tertentu berdasarkan kepada scenario masyarakat tika ini Seperti yang kita sedia maklum impak sesebuah filem itu amat memberi kesan kepada masyarakat penghasilan filem Islami secara tidak langsung dapat menaikkan semula martabat agama Islam Dalam novel ini juga diperlihatkan geniusnya penulis dengan mengemukakan fakta secara santai melalui dialog antara watak wataknya wawancara ucapan pembukaan majlis dan juga ulasan filem Teknik penulisan sebegini memudahkan pembaca memahami setiap butir wacana ilmiah yang ingin disampaikan oleh penulis salah satu antaranya ialah Sejarah ringkas Wali Songo yang diceritakan melalui perbualan watak Sofea dan juga Syarifah Walaupun novel ini berstatus novel haram kerana adanya unsur unsur Syiah diselitkan di dalamnya namun anda akan rugi jika tidak memiliki SBDKB banyak idea berguna yang boleh didapati dalam novel ini selain dari kita fokuskan kepada isu Syiah tersebutSELAMAT MEMBACA AZ


  3. Don ツ Don ツ says:

    Informative sinical irresistableKalau memang ada bajet RM700 ribu buat satu dokumentari islamik tentang Sebongkah Batu di Kuala Berang agaknya berjayakah ianya dilakukan? Novel ini bolehlah nak kata novel sejarah Sejarah tentang teori kedatangan Islam di Tanah Melayu bertitik tolak dari sebongkah batu bersurat yang kita belajar dalam buku sejarah PMR Banyak fakta yang dirujuk dan setiap teori itu diulas dalam bentuk argument Sadly everything is new to me So I didn't know which is true or which part wholly fabricated to support Syiah idealism As 'they' uoted in mediaWalaupun penjelasannya jelas tetap aku tak boleh justifikasikan dengan jelas semasa membaca tang mana yang mempromosikan syiah tu? Tiada satu ayat pun yang menggalak pada syiah yang aku faham Salah sila betulkan Ini cuma pendapat indidvidu Kalau yang namanya sejarah pasti ada bias di mana mana Setiap bacaan perlu ada persoalan dan aku rasa perlu baca lebih banyak untuk memahami karya FT ini Terutamanya teori kedatangan Islam Ada cerita tentang Wali Songo Oh aku dah boleh hafal senarai gelaran wali wali songo itu tau Tak penting pun tapi untuk aku yang baru nak belajar sejarah Islam ni kiranya satu pencapaian yang baik dan boleh dapat C kalau ambil subjek sejarah Islam nanti


  4. Nazmi Yaakub Nazmi Yaakub says:

    HALAMAN HALAMAN awal Sebongkah Batu di Kuala Berang memang pantas mengingatkan kita terhadap novel Jukstaposisi karya Hizairi Othman tetapi nuansa Islam dan gaya wacananya menjadikannya bergerak pada dua landasan yang hampir sama tetapi destinasi berlainanNamun karya Faisal Tehrani pasca Persuratan Baru dengan karyanya seperti Cinta Hari hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu menuntut kesabaran yang lebih kerana novel mutakhirnya tampil dengan cerita yang tidak lebih daripada kerangka yang boleh ditukar gantiWacana tentang perfileman dalam faham Islam boleh saja diletakkan dalam cerita yang lain kerana watak dan plot yang mendokongnya tidak lagi menduduki keutamaan dalam menghantar idea pentingnyaKemasukan Islam ke Nusantara dan idea Islam thaafi menguasai novel ini sehingga kita seperti membaca sebuah esei panjang yang isinya diselang seli dengan sedikit cerita tentang watakBagaimanapun wit Faisal Tehrani masih kekal sesekali pengarang kelahiran Melaka ini menyindir watak watak dalam industri hiburan kita sekali gus menjadikan banyak rujukan silang dengan gosip dan cerita artis tanah airKerana gosip dan cerita artis itu boleh dikatakan agak basi maka wit seperti itu tidak menjadi seperti yang sering kita baca dalam cerpen Faisal Tehrani yang meminjam gaya realisme magis Dan pada beberapa tempat beberapa adegannya sangat terawang awang seperti kejayaan filem doku drama Sebongkah Batu di Kuala BerangKerana cerita itu sendiri tidak penting maka penyudahnya juga tidaklah juga memberikan kesan yang besar kepada keseluruhan novel ini Mungkin itulah yang dimaksudkan ‘penyudah yang tidak disangka’ pada blurb novel iniWacana dan ilmu dalam karya memang penting tetapi ia tidaklah sampai perlu mengorbankan kreativiti dan estetika bentuk sebaliknya ia sepatutnya lebih baik kerana untuk memberikan keseimbangan dan tarikan kepada pembaca untuk terus menyelongkar gagasan besar pengarangnya Kerana itulah saya hanya memberikan dua bintang kepada Sebongkah Batu di Kuala Berang


  5. Ririn Aziz Ririn Aziz says:

    35 bintangRingkas kisah ini tetapi sarat dengan pengisian ilmu Naskhah Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diangkat menjadi filem dokumentari drama oleh sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam Mengenai kedatangan Islam ke Tanah MelayuSelain kajian terperinci dari pelbagai sudut yang diperlukan oleh para pelajar tersebut timbul juga masalah masalah dengan pelakon pelakon yang dipilih untuk membawa watak watak dalam filem tersebut Susah betul nak mengajar orang yang tidak mahu diajar dan berasa diri sudah begitu bagusNovel ini novel wacana Fakta fakta dikemukakan dalam bentuk penceritaan Sesuailah dengan saya yang cuma membaca buku buku ilmiah sekali sekala sahaja bila ada mana mana buku yang dapat menarik perhatian untuk dikhatamkan Cuma terasa agak tergantung apa yang cuba disampaikan penulis Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu Islam tsaafi Juga berkenaan Batu Bersurat di Kuala Berang Mungkin kerana ini karya yang ringkasIlmu saya cetek Saya cuma membaca buku buku yang diterbitkan hasil kajian orang lain Tetapi saya tertanya Karya Faisal Tehrani ini pernah diharamkan JAKIM? Mungkin kerana unsur unsur ahlul bait itu Tetapi bukankah itu fakta yang benar? Yang terdapat dalam buku buku ilmiah yang dihasilkan oleh para pengkaji sejarah Mungkin kerana itu saya dapat menerima pandangan yang dikemukakan FT dengan hati dan fikiran yang terbuka


  6. Shafaza Zara Shafaza Zara says:

    01 Berhempas pulas mencari buku yang khabarnya sudah di banned daripada pasaran Setelah bertanya di Twitter dan menggunakan enjin carian aku dapat beli naskah ini dengan penghantaran percuma daripada MPH Online02 Dari sudut pembacaan naskah ini perlu dibaca dengan minda yang bersedia untuk menapis apa yang kita pegang sendiri Sejujurnya Faisal Tehrani adalah penulis yang aku suka sejak zaman Kerana Manisnya Epal salah satu cerpen dalam KOMSAS serta catatan ringkas beliau dalam majalah Fokus SPM yang aku langgan setiap bulan dahulu 03 SBdKB ini menyorot pandangan anak muda tentang apa yang mereka pelajari dan cara mereka mahu melunaskan dalam projek mereka Selain daripada bahasa yang agak skema ? untuk perbualan dengan rakan rakan ini naskah yang baik pada aku selepas beberapa buku Faisal tehrani yang lainNota Peribadi Lebih banyak orang haramkan buku lebih ramai orang akan sibuk dan gila mencari


  7. Barukisu (Balqis) Barukisu (Balqis) says:

    10 April 2011 Was searching for the cheapest most affordable readable historical newest and what not Fortunately found one and guess what by one of my fav author tak sangka Apa lagi angkat ler satu Malam ni juga baca walau minggu ini ada assessment 12 Januari 2013 dua tahun kemudian baru habis baca buku ni Buku kecil tapi mengambil masa yang lama untuk habiskan Anggap sahaja setahun lebih ia terperam dalam almari loka Mula membaca seusai membeli tetpai terhenti kerana memasuki bahagian khutbah berkenaan mazhab mana yang sampai dahulu dan menyebarkan islam di nusantara Haih Kemudian membaca semua apabila Januari tiba di tahun baru ini Cadangnya begitulah mahu menghabiskan buku buku yang dibeli tahun tahun sebelumnya sahaja Tahun ini kita jimat Ahaha Setelah habis menggodam sinema spiritual saya membaca buku ini karya dari penulis yang sama Mudah laluan fikiran itu bekerja dengan idea ideanya yang rencamMaka bermulalah kembali pembacaan dari muka pertama Menarik itu yang terbenak di fikiran membikin filem tentang sebuah batu bersurat and yeah the rock is real of course Yang mana batu ini adalah bukti bahawa Ketamadunan Islam itu telah bertapak awak di bumi nusantara ini skop kecilnya bumi TerengganuTeropong besarnya itu Kalau dikecilkan dengan melihat secara mikro apa yang ingin diterangkan dan disampaikan adalah mazhab mana yang sebenarnya membawa islam ke nusantara So and so The way he brought that untuk kita berfikir sendiri Mungkin tidak ajak kita menerima namun itulah perlu tahu juga sedikit sebanyak sejarah kekhalifahan Islam ini dahulu sebelum menentang khalifah itu dan ini sebagai zalim So Yang baik dari novel pendek ini adalah tentang membikin filem yang spiritual dan profetik berlandaskan tauhid dan bertunjangkan iman Tu je Hanya dengan filem begini kita dapat menangkis serangan serangan budaya dari barat yang telah banyak mencedera parahkan bangsa kita ini digambarkan melalui watak dua artis dalam kisah ini yang aliran wataknya memang terlaku amat cliche artislah katakanSekian


  8. Nur Fatin Atiqah Nur Fatin Atiqah says:

    Mungkin saat kita menamatkan pembacaan novel ini kita bakal merasakan kisah ini tergantung kisah ini tunggang langgang dan tidak memuaskan langsung nafsu yang membuak buak inginkan sebuah penceritaan yang lengkap ada klimaks dan sebagainya Tetapi sebagaimana idea yang diangkatnya begitulah jalan cerita novel ini Menyampaikan a slice of history dalam bentuk novel dokumentari yang penuh dengan wacana wacana ilmu yang padat dan mengujakan Saya mahu memetik tulisan penulis sendiri di dalam karyanya yang lain Perempuan Nan Bercinta di mana novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini ibarat satu denai kecil yang membawa ke lebuh raya yang lebih besar dan semacam tiada penghujung Namun begitu saya berpendapat masih ada yang boleh dirungkaikan yang dikupas satu demi satu yang tidak dilakukan oleh penulis Tidak tahulah saya andai penulis sememangnya mahu tamatan begitu mengikut kehendaknya sendiri ataupun mengikut kehendak penerbit yakni PTS? Atau penulis mahu pembaca sendiri yang sudah terbuka mindanya yang sudah menjadi cakna mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mengkaji serta memahami? Wallahualam


  9. M. Azhaari Shah Sulaiman M. Azhaari Shah Sulaiman says:

    Meskipun unsur Wacana dan ilmiah menguasai novel ini namun sesekali kita terhibur dengan satira dan sendaan kepada perwatakan artis di dunia realiti dalam novel ini Plotnya yang tergantung seakan terasa ada yang kurang beres FT masih FT Klise dengan suasana akademik dan nuansa wacananya


  10. Kataklicik Kataklicik says:

    I had great hopes for this one But words fail me This is a Faisal Tehrani offering? Almost impossible to comprehendDry Reads like an academic paper Plot was nil I can almost see the Tehraniyuns glaring at me with daggers in their eyes So sue me


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebongkah Batu Di Kuala Berang [PDF / Epub] ✅ Sebongkah Batu Di Kuala Berang Author Faisal Tehrani – Buyprobolan50.co.uk Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatang Kisah ini bermula di senuah institusi yang Di Kuala eBook ´ dinamakan Akademi Seni Islam Sekumpulan pelajar Sebongkah Batu Kindle - tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Batu Di Kuala MOBI î Islam ke Tanah Melayu Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir Dalam tuntutan tuntutan yang semakin mendesak Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.